APMM gagalkan cubaan seludup diesel di Tawau

FOTO: Anggota APMM menemui diesel yang cuba diseludup oleh awak-awak warga Indonesia.

14 Januari 2017

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau telah berjaya merampas sejumlah 14 tong (240 liter) diesel yang cuba diseludup keluar oleh seorang lelaki warga Indonesia berumur 30 tahun kelmarin di Tawau.

Timbalan pengarah (operasi) APMM Tawau, Komander Maritim Rolli Hj. Mustafa berkata pada hari ini, bot yang dinaiki oleh lelaki itu ditahan di perairan Sungai Melayu pada jam 10.45 pagi untuk diperiksa.

“Melalui pemeriksaan, kesemua tong diesel itu disembunyikan dibawah muatan bongkah polisterin dan tong ikan kosong.

“Kesemua minyak diesel itu dianggarkan berharga RM492,” katanya.

Beliau berkata lanjut, anggota APMM yang sedang membuat rondaan telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dan sedang menuju masuk ke Sungai Nyamuk daripada Jeti Batu 3.

Bot dan awak-awak tersebut disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *