Anggota bomba dan penyelamat diangkat sebagai hero

FOTO: SALAH seorang anggota bomba dan penyelamat mendukung seorang anak kecil untuk meredah air yang parasnya semakin meningkat.

19 Januari 2017

KOTA MARUDU – Gambar yang diambil ketika anggota bomba dan penyelamat sedang berusaha membantu sejumlah 185 penduduk di sini akibat banjir telah mengangkat profesion tersebut sebagai hero masyarakat.

Sejumlah anggota bomba dan penyelamat termasuk sukarelawan bomba telah membantu memindahkan mangsa yang terperangkap di beberapa kampung yang terjejas di daerah tersebut.

Antara kampung yang terjejas ialah seperti Kampung Longob, Kampung Beliajung, Kampung Bengkongan, Kampung Magaratong, Kampung Rakit, Kampung Morion, Kampung Piso, Kampung Salimandut, Kampung Tandek dan Kampung Asin-Asin.

Kesemua mangsa telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di daerah tersebut kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *