Labuan Times anjur pertandingan foto

19 Januari 2017

LABUAN – Pertubuhan berita online Labuan Times menganjurkan pertandingan fotografi secara terbuka kepada semua penggemar fotografi di Wilayah Persekutuan Labuan.

Jurucakap penganjur berkata kelmarin, pertandingan itu akan bermula pada 19 Januari ini hingga 19 Februari iaitu pertandingan selama sebulan.

“Kami mengadakan pertandingan ini untuk menghargai kerja fotografi yang dihasilkan oleh komuniti penggemar fotografi di Labuan.

“Mereka boleh menghantar foto mereka mengenai kecantikan Pulau Labuan atau apa sahaja yang berkaitan dengan pulau ini,” katanya.

Jurucakap tersebut berkata lanjut, pemenang dalam pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM200.




Foto milik pemenang dalam pertandingan ini juga akan ditayangkan pada portal berita Labuan Times sebagai ‘Photo of The Month’.

Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 19 Februari. Nama pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas tarikh tutup pertandingan fotografi ini.

Borang penyertaan pertandingan boleh dimuat turun dari pautan ini.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan itu bolehlah menghubungi pihak penganjur melalui emel di labuantimes@gmail.com, laman facebook Labuan Times atau membuat panggilan pada talian 087-504303.

Foto: pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *