Polis buru 106 penama untuk bantu siasatan

19 Januari 2017

LABUAN – Pihak polis sedang memburu sejumlah 106 penama yang telah disenaraikan untuk membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman (gambar) kelmarin berkata, setakat ini sejumlah 20 penama daripada jumlah tersebut telah tampil ke Ibu Pejabat Daerah Polis Labuan.

“Kesemua penama tersebut diseru tampil dengan segera untuk menyelesaikan segera siasatan ke atas beberapa kes jenayah di sini,” katanya.

Kesemua alamat penama tersebut merangkumi tempat seperti di kawasan Labuan, Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Mereka diseru untuk tampil ke balai polis yang berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *