Lapan buah rumah dijilat api di Kinarut

20 Januari 2017

PAPAR – Lapan buah rumah hangus terbakar kelmarin di Kampung Pituru Kinarut sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, bilik operasi mereka telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 7.02 pagi.

“Kesemua rumah jenis tidak kekal terbabit hangus terbakar secara keseluruhannya sebelum ketibaan anggota bomba dan penyelamat ke lokasi tersebut,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Sejumlah 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar serta Penampang terlibat didalam operasi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *