Maut secara tiba-tiba: Warga Indonesia rebah di kaki lima bandar Labuan

FOTO: ORANG ramai berkumpul memerhati mayat lelaki tersebut. (Foto ini atas ihsan dari pembaca) 

21 Januari 2017

LABUAN – Seorang lelaki warga Indonesia didapati rebah tidak sedarkan diri di kaki lima berhadapan dengan Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada petang tadi.

Lelaki yang dianggarkan berumur antara 40-an ke 50-an itu telah dikejarkan ke Hospital Labuan dan telah disahkan meninggal dunia.

Dipercayai kejadian tersebut tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. Namun, laporan rasmi dari pihak polis berkenaan dengan insiden itu belum lagi dikeluarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *