Perbadanan Labuan fokus kepada sektor pelancongan

24 Januari 2017

LABUAN – Pihak Perbadanan Labuan (PL) bakal memfokuskan kepada usaha pembangunan infrastruktur bagi tujuan menjadikan Pulau Labuan sebagai destinasi pelancongan.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Azhar Ahmad (gambar) berkata, pihak PL telah mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) untuk memajukan sektor pelancongan di sini.

“Kita memfokuskan kepada pembangunan lokasi pelancongan dan penganjuran acara pada tahun ini,” katanya kepada pihak media dalam Majlis Apresiasi Media Labuan anjuran Perbadanan Labuan kelmarin.

Sebelum itu, beliau berkata, usaha untuk mempromosikan Labuan kepada pengunjung luar akan diteruskan ekoran sektor minyak dan gas yang tidak berkembang di sini.

“Usaha untuk menjadikan Pulau Labuan sebagai destinasi pelancongan terkemuka tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

“Pelbagai langkah perlu diambil terutamanya oleh pihak Perbadanan Labuan untuk mengalakkan kehadiran pelancong di sini,” katanya.

Sementara itu, beliau menghargai peranan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak media kepada Perbadanan Labuan.

Lebih daripada 10 orang pengamal media di sini menerima sijil penghargaan dari Azhar.

Turut hadir ialah timbalan ketua pegawai eksekutif (pengurusan) Perbadanan Labuan, Rithuan Bin Hj. Mohd Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *