Majlis pemimpin pengakap Labuan adakan mesyuarat pertama tahun ini

26 Januari 2017

LABUAN – Sejumlah 16 wakil pengakap dari 10 buah sekolah rendah dan enam buah sekolah menengah di sini telah menyertai mesyuarat pertama Majlis Pemimpin Pengakap Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun ini yang diadakan di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh ketua pesuruhjaya negeri, Hong Heng Chee.

Dalam mesyuarat itu telah dibentangkan prosedur pendaftaran dan tentatif latihan serta program yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Sejurus selepas mesyuarat itu, majlis penyampaian perutusan tahun baharu 2017 disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman.

Antara intipati perutusan beliau ialah pengakap Labuan hendaklah berusaha gigih demi menaikkan nama pengakap di Labuan, pemimpin pengakap perlu mendapatkan tauliah bagi membolehkan mereka melaksanakan aktiviti dalam kumpulan dan menanamkan semangat kepengakapan sehingga akhir hayat.

Intipati lain dalam perutusan tersebut agar semua pengakap bersatu tidak mengira bangsa dan agama, dimana pengakap adalah bersaudara kepada semua serta memasyarakatkan aktiviti pengakap.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Yang Dipertua bagi Majlis Pemimpin Pengakap Wilayah Persekutuan Labuan, Ismail Abdullah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *