Sesi pengajian Tahfiz Al Quran Al Badr Labuan kini dibuka

FOTO: KELIHATAN tenaga pengajar dan murid Tahfiz Al-Quran Al Badr Labuan.

26 Januari 2017

LABUAN – Pengajian Madrasah Tahfiz Al Quran Al Badr MTAA kini membuka sesi pengajian baharu bagi tahun ini.

Terdapat lima pakej yang ditawarkan untuk pengajian di madrasah tersebut.

Antara pakej itu ialah seperti tahfiz sepenuh masa, tahfiz harian (sesi bermula pada waktu pagi dan tamat pada waktu malam), tahfiz yang bermula pada jam 2 petang hingga malam (khusus untuk pelajar sekolah kebangsaan), kelas pada hari Sabtu dan Ahad, dan pengajian hawa.

Bagi yang berminat untuk mengikuti pengajian di madrasah tersebut boleh berhubung dengan pengurus madrasah iaitu Ustaz Haziq Al Mirawi (014-5970 075), mudir madrasah, Ustaz Hj. Ahmad Sharizal (019-8315781) dan Ustaz Iqbal Al Azhari (017-959 6400).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *