Jenayah Labuan: Gadis berumur 19 tahun ditahan

27 Januari 2017

LABUAN – Seorang gadis berumur 19 tahun ditahan polis kerana memiliki dadah dengan anggaran berat kasar 53.97 gram.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendent Adzhar Othman berkata, gadis tersebut ditangkap ketika suspek berada dalam kereta sewa iaitu Perodua Viva dihadapan salah sebuah hotel terkemuka di pulau ini.

“Ketika anggota polis membuat serbuan tersebut, suspek duduk berseorangan pada bahagian pemandu kereta itu.

“Hasil pemeriksaan polis, suspek itu sendiri menyerahkan satu sampul berwarna putih kepada polis.




“Sampul itu mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan kristal dan disyaki dadah jenis syabu,” katanya pada hari ini.

Suspek yang tidak bekerja itu telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Sementara, barang kes iaitu dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM6,000 dirampas.

Gadis terbabit direman selama seminggu sehingga 2 Februari ini untuk disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *