Nota Editor: Bagaimana nasib bekas pekerja industri minyak dan gas di Labuan?

28 Januari 2017

Ianya umpama mimpi ngeri kepada seseorang pekerja apabila pada suatu hari, pihak atasan ataupun pengurusan syarikat memanggil pekerja itu lalu menyerahkan surat berhenti kerja kepadanya.

Namun itulah realitinya kepada kebanyakan bekas pekerja minyak dan gas di sini.

Setelah bertahun-tahun bekerja dengan industri minyak dan gas di sini dengan hasil pendapatan bulanan yang lumayan, tiba-tiba semuanya berakhir begitu sahaja akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Persoalannya sekarang, apa tindakan yang perlu dilakukan untuk menangani isu penggangguran ribuan bekas pekerja di sektor minyak dan gas di Pulau Labuan?





Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka harus menjalani kehidupan seharian mereka tanpa pendapatan yang tetap pada setiap bulan.

Sementara menunggu harga minyak dunia kembali stabil, fokus kepada jalan penyelesaian terhadap isu penggangguran ini perlu diberikan.

Tindakan segera perlu dilakukan yakni tindakan yang merangkumi jangka pendek, sederhana dan panjang.

Walaupun pihak kerajaan kini agak berjimat didalam berbelanja, namun, ikhtiar untuk membantu bekas pekerja minyak dan gas di seluruh negara termasuk Labuan perlu dilakukan.





Kebergantungan terhadap industri minyak dan gas mempunyai ‘harga yang perlu dibayar’ kerana ketidaktentuan pasaran minyak dunia.

Banyak sektor turut terkesan dengan situasi kejatuhan harga minyak dunia.

Kekadang kita terfikir, apakah ini suatu peringatan dari Tuhan?

Namun, apa penyelesaian kita untuk menghadapai kemelut ekonomi di pulau ini termasuklah isu penggangguran?

Perlukah sektor-sektor baharu dicipta di sini?





Saya tertarik dengan idea salah seorang anak muda Labuan tidak berapa lama dahulu berkenaan dengan idea beliau yang terfikir untuk mahu mewujudkan ‘Lembah Silikon’ (Silicon Valley) di sini.

Idea anak muda itu kelihatan gah, namun, saya fikir bukan semudah itu untuk melaksanakannya di sini.

Fasiliti komunikasi unifi pun belum sepenuhnya dibina di Labuan.





Tambahan pula, jaringan syarikat komunikasi lain yang tidak semua kawasan di sini berfungsi dengan baik.

Masih terlalu jauh untuk mencapai tahap Lembah Silikon kerana ianya melibatkan pelaburan yang besar serta teknologi yang canggih.

Walau bagaimanapun, setiap warga Labuan berhak untuk melontarkan idea mereka kerana kita tidak tahu idea yang mana satukah yang akan diambil oleh pihak berwajib untuk tindakan seterusnya demi manfaat warga Labuan secara keseluruhannya.

Foto: pixabay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *