Rumah bertingkat hangus terbakar di Kampung Saguking

8 Februari 2017

LABUAN – Sebuah rumah bertingkat jenis separuh kekal di Kampung Saguking sini hangus terbakar 100 peratus dalam insiden kebakaran yang berlaku pada jam 3.51 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, turut terbakar dalam insiden terbabit ialah sebuah kereta Proton Iswara.

“Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian ini, dimana sejumlah 20 anggota bomba dan penyelamat Labuan terlibat didalam operasi memadamkan kebakaran tersebut,” katanya.



Jainal berkata lanjut, pemilik rumah terbabit dikenal pasti sebagai Asmah Nuasah berumur 57 tahun yang tinggal bersama anak bongsu dan dua orang cucunya.

Pemilik bersama keluarganya tinggal pada tingkat satu rumah tersebut. Sementara, pada bahagian tingkat bawah pula terdapat lapan orang penyewa, dimana kesemua mereka selamat dalam kejadian itu.

Operasi memadam kebakaran tersebut itu pada jam 5.18 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *