Salahguna dadah dikalangan pelajar di Labuan terkawal – Raisin

FOTO: RAISIN (duduk kiri, depan), Farid (duduk tengah, depan) dan Asbola (duduk kanan, depan) kelihatan bersama dengan penerima anugerah dikalangan pelajar tersebut.

9 Februari 2017

LABUAN – Salah laku penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar merupakan kes terpencil menurut pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin.

“Pihak kami sentiasa memantau dari semasa ke semasa agar gejala penyalahgunaan dadah tidak menular dikalangan pelajar.

“Kita mempunyai sejumlah 26 orang pegawai perhubungan polis yang merupakan pegawai angkat kita di setiap sekolah sini untuk membantu kita mengawal disiplin pelajar,” katanya diakhir Majlis Anugerah Motivasi Bagi Murid UPSR dan PT3 Tahun 2016 Dari Komuniti Nelayan yang diadakan kelmarin di salah sebuah hotel di sini.





Seramai 40 pelajar sekolah rendah dan 10 pelajar sekolah menengah telah menerima anugerah tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang berusaha untuk memastikan gejala dadah terkawal dikalangan pelajar di sini.

Majlis anugerah tersebut merupakan anjuran bersama antara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Repsol Oil and Gas Malaysian Limited.

Turut hadir dalam majlis itu ialah wakil Repsol, Farid Jaafar dan ketua sektor pembangunan kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Asbola@Hasbollah Amit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *