Bacaan suhu terendah Pulau Labuan pada 23 darjah selsius

10 Februari 2017

LABUAN – Pulau Labuan mencatatkan suhu terendah iaitu 23 darjah selsius pada waktu malam berikutan musim monsun timur laut yang dipengaruhi oleh tiupan angin dari dataran tinggi Siberia.

Ketika dihubungi, jurucakap Jabatan Meteorologi Labuan berkata, suhu tersebut masih lagi kekal pada bacaan tersebut.

“Secara umumnya, tiupan angin monsun timur laut ini akan berakhir pada hujung bulan Mac setiap tahun. Secara tidak langsung, perubahan suhu ini juga akan berakhir apabila musim tersebut berakhir,” katanya kepada Labuan Times pagi tadi.




Jurucakap tersebut berkata lanjut, setakat ini daerah Ranau di Sabah merupakan daerah yang mencatatkan bacaan suhu paling rendah iaitu 17 darjah selsius.

Sebelum ini, Pulau Labuan turut mengalami situasi yang sama ketika perubahan suhu berlaku pada awal tahun 2014 dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *