Gelanggang futsal milik PL kini percuma untuk belia Labuan

10 Februari 2017

LABUAN – Penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini menikmati penggunaan gelanggang futsal secara percuma bermula 7 Februari lalu.

Jurucakap Perbadanan Labuan (PL) berkata, pihak kementerian wilayah persekutuan dan agensi akan menanggung semua kos penyelenggaraan dan operasi gelanggang futsal bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kemudahan ini tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk beriadah.

“Kemudahan percuma ini melibatkan gelanggang futsal dibawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan sahaja.





“Bagi Labuan, kemudahan percuma itu melibatkan dua gelanggang futsal pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya.

Jurucakap tersebut berkata lanjut, inisiatif kerajaan dalam memberikan kemudahan percuma bagi penggunaan gelanggang futsal adalah atas permintaan yang tinggi dari penduduk Wilayah Persekutuan.

Langkah terbabit dilihat seiring dengan hasrat kerajaan dalam mewujudkan komuniti yang sihat dan cergas sesuai dengan tema ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *