Penduduk Bukit Kuda dikejutkan dengan kebakaran di Simpang Suapit

11 Februari 2017

LABUAN – Penduduk Kampung Bukit Kuda dikejutkan apabila sebuah rumah kayu musnah dijilat api di Simpang Suapit sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, bilik operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 11.21 malam.

“Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini, dimana rumah tersebut dihuni oleh dua orang adik-beradik berumur 40-an dan 50-an,” katanya kepada pihak media pagi tadi.




Turut terbakar dalam insiden itu ialah rumah stor yang berhampiran dengan rumah kayu tersebut.

Jainal berkata, operasi memadam kebakaran itu tamat pada jam 12.40 pagi dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Sejumlah 19 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba dan penyelamat Labuan, Jawa, dan Layangan terlibat didalam operasi memadam kebakaran tersebut.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah pasukan bomba dan penyelamat sukarela Kampung Gersik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *