Suspek curi bateri kenderaan ditangkap di Durian Tunjung

12 Februari 2017

LABUAN – Seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun direman polis kerana disyaki terlibat dengan lima kes curi bateri kenderaan di sekitar kawasan Pulau Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman (gambar) kelmarin berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu ditangkap di rumah tidak bernombor di Kampung Durian Tunjung pada 8 Februari lalu jam 3.30 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat didalam kes curi bateri itu bersama dengan seorang lagi rakannya yang masih bebas.

“Lapan biji bateri kenderaan termasuk bateri lori dan motokar telah berjaya dirampas hasil pendedahan suspek.

“Rampasan tersebut dibuat di premis jual besi buruk di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.




Lanjut beliau, jumlah anggaran kerugian akibat kecurian itu bernilai RM3,900.

Suspek yang disahkan positif menggunakan dadah itu turut mempunyai rekod jenayah lampau dibawah Seksyen 457 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta telah menjalani hukuman penjara pada tahun 2011 dan 2015.

Suspek dibebaskan dari penjara pusat Kepayan, Kota Kinabalu pada Mei 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *