Pengakap Labuan anjur kursus

FOTO: HONG (duduk tiga kanan), Rosni (duduk dua kanan) bergambar bersama dengan pemimpin pengakap dan peserta kursus.

21 Februari 2017

LABUAN – Sejajar dengan keperluan latihan kepimpinan pengakap kebangsaan dan antarabangsa, Pasukan Latihan Negeri WP Labuan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Penerangan bertempat yang diadakan di SMK Mutiara pada 18 Februari yang lalu.

Jurucakap kursus, Rosni Mohd Daud berkata, ianya merupakan satu skim kelayakan yang perlu dihadiri oleh setiap pengakap yang dilantik menjawat jawatan pemimpin dalam kumpulan masing-masing.

“Seramai 30 peserta terdiri daripada pemimpin pengakap dari kumpulan yang berpusat di sekolah masing-masing antaranya tuan rumah SMK Mutiara, SMK Rancha-Rancha, SMK Pantai, SMK Labuan, SK Membedai, SK Bukit Kalam, SK Kerupang, SK Pantai dan Pasukan Kelana A Labuan.

“Objektif program ini menemukan peserta dengan kefahaman terhadap diri sendiri sebagai pemimpin dan ahli masyarakat, memahami fungsi, kemahiran dan sikap sebagai pemimpin, memahami dan menerima objektif, tujuan, prinsip dan program pengakap, mengenali uniform pengakap, sejarah, dan pentadbiran kumpulan serta mengetahui sifat muda remaja dan belia,” katanya.




Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kulit.

Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Majlis dirasmikan oleh ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Skip Hong Heng Chee sekitar jam 1.30pm dengan penyampaian sijil penyertaan dan sesi fotografi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *