Kes dadah di Labuan: Sepasang kekasih ditahan

27 Februari 2017

LABUAN – Sepasang kekasih iaitu lelaki dan wanita tempatan, masing-masing berumur 22 dan 35 tahun ditahan polis kerana memiliki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 90.18 gram.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman berkata pagi tadi, kedua suspek itu ditahan pada 25 Februari lalu pada jam 3 petang di Kampung Batu Arang.



“Ketika ditangkap, kedua suspek berada di dalam bilik rumah mereka.

“Hasil soal siasat mendapati dua paket lutsinar yang dipercayai mengandungi syabu disembunyikan dalam sebuah kotak telefon bimbit berwarna biru.

“Anggaran harga kesemua dadah tersebut ialah sebanyak RM14,000,” katanya.

Beliau berkata lanjut, kedua suspek kini ditahan di balai polis untuk disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *