Tiga maut setelah van bertembung dengan kereta api di Beaufort

FOTO: KEADAAN van yang remuk akibat kemalangan tersebut.

28 Februari 2017

BEAUFORT – Tiga mangsa maut di tempat kejadian setelah van jenis Toyota Liteace yang dinaiki oleh mereka bertembung dengan kereta api di Kampung Memanjang sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Hj. Nordin Fauzi berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 2.57 petang.

“Tujuh orang berada di dalam van tersebut, dimana tiga orang meninggal dunia dan empat lagi cedera. Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

“Pasukan bomba dan penyelamat Beaufort telah mengeluarkan mangsa yang tersepit dan membuat kerja pembersihan serta pemantauan di sekitar lokasi untuk memastikan lalu lintas selamat,” katanya.

Mangsa berumur satu tahun lapan bulan merupakan salah seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.

Dipercayai van tersebut membawa penumpang dari Kota Kinabalu menuju ke Beaufort.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *