Pengakap udara Labuan lawat pangkalan udara Labuan

9 Mac 2017

LABUAN: Seramai 71 ahli pengakap udara yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Labuan, Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mohd Alias yang merupakan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri berkata, kunjungan itu bertujuan untuk memberi penerangan ringkas mengenai penubuhan Pengakap Udara di Labuan dan perancangan aktiviti 2017. Ianya juga untuk membentuk hubungan dua hala melalui program kerjasama.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Perkhemahan Inagurasi Pengakap Udara dan Perkhemahan Ahli Udara Kelas II.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Skip Hong Heng Chee.

Menurut penyelaras program, Skip Rosni Mohd Daud berkata, lawatan tersebut juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap peranan dan tugas tentera udara serta melihat sendiri kekuatan aset aviasi negara.

Peserta lawatan telah diberi taklimat ringkas mengenai operasi setiap skuadron dan melawat pameran pesawat C130 No. 14 SKDN, helicopter EC725 No. 5 SKDN dan Pesawat Hawk No. 6 SKDN.

Sebanyak dua skuadron Pengakap Udara yang terlibat pada kali ini iaitu No. 30 Skuadron SMA MAIWP dan No. 26 Skuadron Labuan International School.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *