Nota editor: Bilakah warga Labuan bakal merasai rumah mampu milik di Ganggarak?

FOTO: SALAH satu model rumah dalam projek tersebut yang dipamerkan ketika majlis pecah tanah itu sebelum PRU Ke-13 dahulu.

13 Mac 2017

Rakyat Labuan merasa bersyukur apabila majlis pecah tanah untuk pembinaan rumah mampu milik di Kampung Ganggarak sini telah disempurnakan oleh bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dahulu.

Ini kerana, ramailah nasib warga Labuan yang sudah berkeluarga tetapi belum memiliki rumah sendiri akan terbela.

Setelah sekian lama berlalu, projek pembinaan rumah mampu milik tersebut tidak diteruskan oleh pihak pemaju yang pertama. Lalu, syarikat lain mengambil alih untuk menyempurnakan projek tersebut.

Namun, sehingga kini, belum ada khabar berita mengenai fasa pertama projek tersebut telah siap sepenuhnya.




Difahamkan projek tersebut akan disiapkan secara berfasa ketika majlis pelancarannya dahulu.

Nampaknya PRU Ke-14 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Dijangkakan, ianya akan diadakan pada tahun ini juga.

Warga Labuan yang pernah memohon untuk rumah mampu milik tersebut tertanya-tanya bilakah projek tersebut bakal siap sedangkan majlis pelancarannya bermula sebelum PRU Ke-13 dahulu.

Persoalannya, apakah rumah mampu milik tersebut mampu disiapkan sepenuhnya?

Jika ya, bilakah warga Labuan yang telah memohon untuk memiliki rumah mampu milik berkenaan bakal menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional itu?

One thought on “Nota editor: Bilakah warga Labuan bakal merasai rumah mampu milik di Ganggarak?

  • March 15, 2017 at 12:17 pm
    Permalink

    maaf ya . saya berkerja di Perumahan Ganggarak . sebarang pertanyaan boleh dtg ke Office kami di tapak pembinaan juga atau boleh hubungi kami di talian 087 468 888 utk penjelasan .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *