Dua puluh enam buah sekolah di Labuan terlibat dengan Bengkel Grow 5.0

14 April 2017

LABUAN – Sejumlah 26 buah sekolah di sini terlibat dengan Bengkel Grow 5.0 2017 yang diadakan di Makmal Komputer Bahagian Teknologi dan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Peserta bengkel ini dihadiri oleh pengetua, guru besar, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha peperiksaan.

Bengkel dua hari tersebut dikendalikan oleh penolong pengarah kanan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia, Fadhlullah A. Malek yang juga merupakan pakar sistem Grow.

Objektif bengkel ini adalah untuk memastikan Grow 5.0. iaitu sistem Grow yang terkini dilaksanakan di sekolah dalam membuat sasaran potensi individu murid bagi tujuan mencapai peningkatan berterusan dalam prestasi akademik sama ada untuk Gred Purata Mata Pelajatan (GPMP) mahu pun Gred Purata Sekolah (GPS).

Bengkel tersebut diharap dapat meningkatkan kemahiran didalam memimpin pengurusan sekolah melalui aktiviti kemahiran mentafsir data menggunakan Sistem Grow 5.0 dan memberi peluang kepada peserta untuk mendapat input dengan cara yang betul, memasukkan data dan menganalisis data potensi murid serta membuat keputusan berasaskan data (DDDM).

Majlis penutupan bengkel itu disempurnakan oleh ketua sektor jaminan kualiti, Jabatan Pendidikan Labuan, Khaziyati Osman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *