Akibat kecuaian pemandu lain, dua lori ikan kemalangan di Jalan Pohon Batu

16 April 2017

LABUAN – Disebabkan kecuaian pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux, dua buah lori yang mengangkut makanan laut terlibat didalam kemalangan jalan raya di Jalan Pohon Batu berhampiran dengan Taman Hilltop.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman berkata, kejadian tersebut berlaku pada sekitar jam 12.40 tengah hari tadi.

“Siasatan awal kejadian mendapati kedua buah lori berkenaan dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke Pohon Batu. Tiba-tiba, kereta Toyota Hilux keluar dari Simpang Jalan Penghulu Tuah lalu masuk ke lorong paling kanan.

“Disebabkan itu, kedua lori tersebut cuba untuk mengelak daripada melanggar kereta pacuan empat roda itu lalu termasuk ke laluan bertentangan dan telah melanggar sebatang tiang lampu sebelum keduanya berlanggar antara satu sama lain di simpang masuk ke Taman Hilltop.

“Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dialami oleh kedua pemandu lori berkenaan melainkan hanya melibatkan luka kecil sahaja,” katanya.

Adzhar menasihatkan kepada pemandu kenderaan supaya berhati-hati di atas jalan raya agar tidak memberi masalah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kedua lori tersebut dilaporkan milik syarikat yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *