76 pain darah berjaya dikumpulkan oleh Pengakap Labuan

21 April 2017

LABUAN – Sejumlah 76 pain darah berjaya dikumpulkan dalam Kempen Derma Darah anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di ruang legar Ujana Kewangan baru-baru ini.

Jurucakap Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan berkata, kempen tersebut yang bermula seawal jam 9 pagi hingga 3 petang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga tempatan.

“Penderma datang berkumpul di ruang legar Ujana Kewangan seawal jam 9 pagi untuk mendaftar dan membuat pemeriksaan darah sebelum mereka mula menderma.

“Kempen yang diadakan itu bagi menampung kekurangan darah di unit Tabung Darah, Hospital Labuan,” katanya.

Manakala, kempen tersebut ditaja oleh pihak Ujana Kewangan dan ketua pesuruhjaya pengakap negeri, Skip Hong Heng Chee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *