Kg. Bebuloh kuasai acara tarik tali berperahu

30 April 2017

LABUAN – Pasukan Ganas B dari Kampung Bebuloh telah menjuarai acara tarik tali berperahu bagi kategori kampung yang diadakan kelmarin sempena Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat pula masing-masing dimenangi oleh pasukan Rancha Rancha Darat, Rancha Rancha Air dan pasukan Kalasiu (Kampung Bebuloh).

Johan iaitu Pasukan Ganas B menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.

Manakala, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, RM800 dan RM500.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *