Bumbung rumah terbakar sepenuhnya di Taman Lazenda

5 May 2017

LABUAN – Sebuah rumah yang terletak di Lorong 2, Taman Lazenda Villa 2, Kerupang terbakar dalam satu insiden yang berlaku kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.56 petang.

“Bahagian bumbung rumah tersebut hangus terbakar sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam insiden ini,” katanya.

Beliau berkata lanjut, kebakaran tersebut mula terkawal pada jam 6.43 petang.

Sejumlah 21 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa dan Labuan terlibat dalam operasi memadam kebakaran di rumah terbabit.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *