Mayat mangsa lelaki berumur 31 tahun ditemui di pantai Batu Manikar

FOTO: MAYAT mangsa diusung oleh anggota bomba dan penyelamat Labuan, dan penduduk kampung.

9 Mei 2017

LABUAN – Seorang mangsa lelaki berumur 31 tahun ditemui lemas subuh tadi apabila mangsa keluar untuk menyuluh ketam di pesisir pantai Kampung Batu Manikar pada jam 6.40 petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada jam 1.19 pagi tadi.

“Identiti mangsa dikenali sebagai Zainudin Suhaili beralamat di Kampung Batu Manikar sini dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa.

“Pegawai dan anggota kami bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan terbabit. Bot milik jabatan turut digunakan untuk mencari mangsa.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa amat sukar memandangkan keadaan laut yang gelap, dimana pergerakan dan tahap penglihatan penyelamat adalah terhad,” katanya.

Jainal berkata lanjut, mayat mangsa hanya berjaya ditemui pada jam 5.16 pagi tadi.

Mayat tersebut ditemui pada jarak 150 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan seorang bayi lelaki berumur kurang dari satu tahun.

Sejumlah sembilan pegawai dan anggota bomba dan penyelamat Labuan serta empat pegawai polis terlibat didalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *