Dahagakan ilmu agama, puluhan hadir di Masjid Jamek An-Nur Labuan

FOTO: ANTARA umat Islam yang hadir dalam Majlis Pengajian Akbar tersebut.

24 Mei 2017

LABUAN – Puluhan kaum muslimin dan muslimat di pulau ini telah mengikuti Majlis Pengajian Akbar yang dipimpin oleh ulama besar nusantara, Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki yang diadakan baru-baru ini di Masjid Jamek An-Nur sini.  

Berpandukan Kitab Bidayatul Hidayah iaitu asas pengajian kepada Kitab Ihya Ulumuddin hasil karya Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali, peserta majlis tersebut didedahkan kepada beberapa amalan yang sepatutnya menjadi amalan harian bagi seseorang Muslim didalam menjalani kehidupan seharian yang penuh tertib dan disiplin demi meraih keredhaan Allah.

Majlis yang diadakan selama dua hari itu dianjurkan oleh Masjid Jamek An-Nur, Kebajikan Islam Petronas (Bakip) Labuan, Pertubuhan Pembangunan Pendidikan Islam Sabah (PPPIS) dan Klinik Suria Labuan.

Hadir untuk merasmikan majlis penutupan pengajian berkenaan ialah Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Khalid A. Ghani.

KHALID (kiri) menyerahkan cendera kenangan berupa lukisan khat kepada Sheikh Ahmad Fahmi dalam majlis penutupan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *