Tarikh Labuan Duathlon Challenge ditunda ke 26 November

6 Jun 2017

LABUAN – Labuan Duathlon Challenge 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 27 Ogos ini ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu pada 26 November.

Jurucakap Perbadanan Labuan berkata, acara tersebut terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada atlet untuk menyertai Sukan Sea Ke-29 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

“Maklumat lanjut tentang acara ini akan dimuatnaik di laman sesawang pelancongan www.labuantourism.my atau facebook Labuan Tourism,” katanya.

Pertanyaan lanjut mengenai acara Labuan Duathlon Challenge 2017 boleh menghubungi Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan pada talian 087-408741/44.    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *