Iklan percuma untuk pengusaha kuih raya di Labuan Times

8 Jun 2017

LABUAN – Pihak pengiklanan Labuan Times menawarkan iklan percuma kepada mereka yang hendak menjual kuih raya termasuklah jenis makanan yang lain bersempena dengan bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Jurucakap Labuan Times berkata, iklan percuma tersebut terbuka kepada pengusaha kuih raya di Labuan bagi mempromosikan produk jualan mereka.

“Kesemua iklan tersebut akan dipaparkan di ruangan iklan (ads) pada portal berita Labuan Times iaitu di labuantimes.com.

“Tempoh pengiklanan adalah sehingga akhir bulan Ramadan ini. Reka bentuk grafik iklan haruslah disediakan oleh pihak pengiklan yakni mereka yang mahu menjual dan memasarkan produk kuih raya mereka.

“Tujuan pihak Labuan Times menawarkan iklan percuma ini ialah sebagai amal kebajikan bersempena bulan Ramadan ini untuk membantu mereka yang ingin memasarkan kuih raya mereka,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk mengiklankan produk kuih raya di labuantimes.com, mereka bolehlah menghantar iklan mereka ke emel labuantimes@gmail.com atau menghantar mesej ke www.facebook.com/labuantimes.

Foto: pixabay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *