Penunggang motosikal maut di tempat kejadian di Tanjung Batu, Labuan

12 Jun 2017

LABUAN – Seorang penunggang motosikal lelaki berumur 24 tahun maut setelah motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta jenis Toyota Land Cruiser di Jalan Tanjung Batu pada jam 11.05 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman berkata, mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Jaxmiron Jahilin dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta di sini.

“Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan ianya disahkan oleh pihak Hospital Labuan, dimana mangsa disyaki mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan polis untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal polis mendapati, sebelum kejadian, mangsa terbabit dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke Membidai. Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa merempuh bahagian kanan kereta Toyota tersebut yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Pemandu kereta berkenaan iaitu seorang wanita berumur 66 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 41(1) (A) APJ 198.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *