Rozman: Kekal bersatu untuk hadapi situasi ekonomi semasa

11 Jun 2017

LABUAN – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli (gambar) menyeru kepada rakyat di Labuan agar kekal dalam perpaduan untuk menghadapi cabaran ekonomi pada saat ini.

Dalam ucapan ringkasnya kelmarin, beliau berkata, keadaan ekonomi yang tidak menentu yang dihadapi oleh rakyat kini merupakan ujian Allah yang harus diterima oleh rakyat.

“Kita kena redha dan positif dalam menghadapi situasi ekonomi yang agak menekan rakyat.

“Perpaduan merupakan kekuatan kita didalam bersama-sama menghadapi situasi yang sedang kita lalui pada saat ini,” katanya dalam majlis berbuka puasa bersama ketua-ketua kampung dan barisan pemimpin Umno Labuan di perkarangan rumahnya.

Beliau yang juga merupakan ketua Umno Bahagian Labuan turut memaklumkan kepada warga Labuan bahawa beliau akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya Pertama pada tahun ini, dimana semua penduduk Labuan dijemput hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *