Lelaki jatuh gaung setinggi 50 kaki di Kota Marudu

FOTO: BETIS kanan mangsa dibalut oleh pegawai perubatan sebelum dibawa ke hospital.

14 Jun 2017

KOTA MARUDU – Seorang lelaki berumur 45 tahun terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 kaki di Bukit Janda, Jalan Kampung Gana sini ketika sedang membuat pembersihan di kawasan kebun pada tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Marudu berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 12.34 tengah hari.

“Mangsa sebelum itu sedang membuat pembersihan di kawasan kebun sebelum bilah pisau pemotong rumput terkena betis kanan mangsa.

“Mangsa berjaya dibawa naik oleh pasukan bomba dan penyelamat dengan menggunakan pengusung lalu diserahkan kepada pihak ambulans dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Jarak dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu ke lokasi kejadian ialah sekitar 45 kilometer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *