Mayat nelayan ditemui lemas di Kuala Sungai Paitan, Beluran

FOTO: BOT mangsa yang ditemui di Kuala Sungai Paitan, Beluran.

14 Jun 2017

SANDAKAN – Seorang nelayan berumur 37 tahun yang dilaporkan hilang kelmarin telah ditemui mati lemas pada jam 7 pagi tadi di Kuala Sungai Paitan, Beluran.

Timbalan Pengarah Operasi DM17, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Komander Maritim Mohd Khairul Anuar Abd Majid berkata, mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Amiruddin Jakariah telah dikesan oleh pasukan APMM di sekitar kawasan bot mangsa yang dijumpai sebelum itu.

“Mangsa dilaporkan keluar seorang diri pada Isnin lalu ke laut untuk memukat ikan dan tidak pulang ke rumah sehingga semalam sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis.

“Pihak kami telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa pada jam 12.45 tengah hari kelmarin, dimana pasukan APMM bergegas ke lokasi dengan menggunakan bot dan dibantu oleh anggota bomba dan penyelamat serta penduduk Kampung Babago,” katanya.

Pada Isnin lalu, seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan pulang dari mencari ketam ada terserampak dengan bot milik mangsa di Kuala Sungai Sidi pada jam 10 malam.

Namun, dia tidak mengesyaki apa-apa selain menyangka mangsa sedang tidur di dalam bot berkenan.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga mangsa, dimana operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 8 pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *