Penduduk dikejutkan dengan insiden kebakaran di Kampung Lajau

FOTO: PEGAWAI dan anggota bomba memeriksa rumah yang hangus terbakar itu.

23 Jun 2017

LABUAN – Sebuah rumah kayu musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Simpang 8, Kampung Lajau sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.20 petang.

“Rumah tersebut didiami oleh 11 orang, dimana lima daripadanya adalah kanak-kanak.

“Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Pihak bomba dan penyelamat masih menyiasat punca kejadian tersebut.

Sejumlah 20 pegawai dan anggota bomba dan penyelamat terlibat didalam operasi memadam kebakaran itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *