Lebaran membuka lembaran baharu dalam kehidupan

24 Jun 2017

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dan selawat serta salam kepada Baginda Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya sekalian.

Pada hari ini bersamaan dengan 29 Ramadan, merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa disepanjang bulan Ramadan bagi tahun 1438H.

Ramadan pada tahun ini telah melabuhkan tirainya dan semoga segala amal kita disepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah Ta’ala.

Syawal kini muncul. Di Labuan, takbir raya selepas solat Isyak sebentar tadi dilaungkan sebagai tanda kemenangan didalam menempuh ujian berpuasa di bulan Ramadan.

Mungkin Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini agak kurang meriah disebabkan oleh krisis ekonomi yang sedang melanda negara.

Namun, sebagai umat Islam kita dituntut untuk bersabar didalam menerima ujian Tuhan.

Pelbagai ujian yang datang dalam kehidupan kita mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Mungkin ada dikalangan kita yang diuji dengan kehilangan nyawa, harta benda dan sebagainya di bulan Ramadan.

Namun, kita harus bersyukur kerana masih ada lagi orang yang lebih susah dan sedang diuji dengan ujian yang lebih berat dari apa yang sedang kita lalui.

Pandanglah orang yang lebih rendah dari kita untuk hal duniawi dan pandanglah orang yang lebih atas dari kita untuk hal akhirat.

Usahlah berputus asa dengan kesulitan yang dihadapi. Mohonlah terus bantuan dari Allah Ta’ala.

Semoga ada jalan keluar untuk kita semua. InsyaAllah.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *