Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Jalan Merinding

28 Jun 2017

LABUAN – Sebuah rumah kayu musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pada awal petang tadi di Lot 20, Jalan Merinding.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.07 petang.

“Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian ini, dimana rumah tersebut didiami oleh sepasang suami isteri bersama dengan empat orang anak mereka.

“Ketika kejadian tersebut berlaku, kesemua penghuni rumah tidak berada di dalam rumah dan kejadian kebakaran ini dimaklumkan oleh orang awam kepada pihak kami,” katanya.

Beliau berkata lanjut, operasi memadam kebakaran itu tamat pada jam 2.16 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, sejumlah 20 orang pegawai dan anggota bomba terlibat didalam operasi memadam kebakaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *