Tiga premis dikenakan kompaun di Labuan

FOTO: SALAH seorang pegawai PPDNKK Labuan memeriksa barangan di salah sebuah premis runcit sini.

28 Jun 2017

LABUAN – Tiga peniaga runcit telah dikenakan kompaun atas kesalahan gagal meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal yang tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Jurucakap bagi pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Labuan berkata, peniaga yang didapati melakukan kesalahan dikenakan kompaun bernilai RM100 seorang.

“Jumlah keseluruhan kompaun setakat ini ialah RM300, dimana pemantauan dan pemeriksaan harian ke sejumlah 224 premis perniagaan di sini telah dilakukan sejak 17 Jun yang lalu.

“Pemantaun dan pemeriksaan harian ini akan dilanjutkan sehingga 30 Jun ini,” katanya.

Dari keseluruhan jumlah premis yang diperiksa itu, sebanyak 218 premis merupakan kedai runcit dan enam lagi ialah kedai borong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *