Kes rogol: Tiga remaja ditahan di Labuan

3 Julai 2017

LABUAN – Tiga remaja lelaki berumur antara 15 hingga 17 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan terhadap kes rogol yang berlaku awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Adzhar Othman (gambar) berkata, jenayah rogol itu dilakukan di salah sebuah rumah suspek di Kampung Sungai Lada.

“Mangsa berumur 15 tahun dan salah seorang suspek merupakan pelajar sekolah. Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek terlibat didalam kegiatan rempit di sini.

“Kegiatan rempit tersebut dipercayai berakhir dengan kes rogol,” katanya kepada pihak media di Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan tengah hari tadi.

Ketiga suspek ditahan reman selama seminggu dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 375 B Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *