Cadangan: Ruangan solat perlu dalam feri kenderaan

9 Julai 2017

LABUAN – Seorang netizen iaitu salah seorang penumpang feri kenderaan menyuarakan agar pihak pengurusan feri menyediakan ruangan solat pada feri kenderaan Labuan-Menumbok-Labuan.

Penumpang tersebut berkata, keperluan tersebut sudah lama disedari namun ianya belum disuarakan kepada pihak tertentu.

“Mungkin ada yang kurang setuju dengan cadangan ini. Namun, ianya adalah keperluan bagi seseorang Muslim untuk menunaikan solat seandainya mereka terpaksa solat di atas feri kerana tidak sempat solat sebelum itu.

“Bagi yang berkenderaan mereka mungkin boleh solat jamak qasar atau solat penuh dalam kenderaan dengan solat duduk. Tetapi, bagi mereka yang tidak membawa kenderaan sudah tentunya ruangan solat atau surau itu perlu ada dalam feri kenderaan.

“Kita boleh solat di ruangan penumpang pada feri kenderaan. Tetapi, adalah lebih baik seandainya pihak pengurusan ada menyediakan ruangan solat dalam feri. Ruangan yang kecil sudah memadai,” katanya baru-baru ini ketika menyuarakan cadangan tersebut kepada Labuan Times.

Beliau berharap agar pihak pengurusan feri kenderaan bakal memberi pertimbangan terhadap cadangannya untuk menyediakan ruangan solat di atas feri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *