Tiga kenderaan sapu disita di Labuan

PHOTO: SALAH satu kenderaan sapu jenis van yang disita dalam Ops Kereta Sapu Labuan.

14 July 2017

LABUAN – Tiga buah kenderaan sapu telah disita dalam Ops Kereta Sapu yang dijalankan di sini.

Ketua Polis Daerah Labuan, ACP Adzhar Othman berkata petang tadi, operasi tersebut telah dijalankan selama dua hari dari 12 hingga 13 Julai yang lalu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Tiga buah kenderaan tersebut telah ditahan kerana menjalankan operasi perkhidmatan awam tanpa lesen. Pemandu kenderaan tersebut juga telah disaman.

“Ketiga kes ini disiasat dibawah Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 kerana menggunakan perkhidmatan awam tanpa lesen,” katanya.

Beliau berkata, operasi dua hari itu telah dilaksanakan di Jalan Kinabenua dan Jalan Bunga Tanjung sini.

Lanjutnya lagi, operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *