Maahad Tahfiz Al-Quran Kerupang bakal terima pelajar perempuan baharu

22 Julai 2017

LABUAN – Maahad Tahfiz Al-Quran Al Badr (MTAA) Labuan bakal membuat pengambilan baharu bagi pelajar atau tahfiz perempuan.

Mudir madarasah, Ustaz Ahmad Sharizal Saffian berkata, bagi yang berminat untuk menuntut ilmu di madrasah MTAA Labuan bleh mendapatkan borang pendaftaran di pejabat MTAA, Taman IOFC, Kerupang 2 berhadapan dengan Masjid Al Muttakin IOFC.

“Pihak MTAA Labuan menawarkan lima pakej dalam pengajian Al-Quran,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam Pakej A, ianya khusus untuk pelajar lelaki dan perempuan yang belajar sepenuh masa di madrasah, tinggal di asrama, berumur 13 hingga 17 tahun dan boleh membaca Al-Quran dengan baik. Yuran bulanan dalam pakej ini ialah RM250.

Pakej B pula ialah untuk pelajar harian lelaki dan perempuan berumur dari enam hingga 17 tahun. Kelas bermula pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga solat Isyak dan yuran bulanan ialah RM150.

Pakej ketiga iaitu Pakej C memberi fokus kepada pelajar harian lelaki dan perempuan berumur enam hingga 17 tahun. Pengajian harian bermula dari jam 8 pagi hingga solat zohor atau dari jam 2 petang hingga solat Isyak. Yuran bulanan ialah RM150.

Sementara itu, Pakej D pula untuk pelajar lelaki dan perempuan berumur enam hingga 16 tahun. Kelas bermula dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Yuran bulanan bagi pakej ini ialah RM60.

Pakej terakhir iaitu Pakej E ialah untuk golongan remaja wanita berumur 13 tahun ke atas atau suri rumah. Kelas dalam pakej ini diadakan pada Isnin dan Selasa dalam setiap minggu dari jam 8 pagi hingga 11 pagi. Yuran bulanan ialah RM60.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ustaz Sharizal pada talian 019-8315781 atau pengurus madrasah, Ustaz Haziq Al Mirawi pada talian 014-5970075.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *