Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas ditangguhkan

22 Julai 2017

LABUAN – Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Pantai Layang-Layangan sini ditangguhkan pada jam 6 petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal@Zainal Madasin berkata, kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes mangsa hilang oleh pihak polis.

“Walau bagaimanapun, pihak kami iaitu pegawai dan anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Layang-Layangan akan terus melaksanakan pemantauan dari masa ke semasa di kawasan lokasi mangsa hilang,” katanya.

Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan akan memantau di kawasan laut dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan pula akan memantau di kawasan pesisir pantai dalam pemantauan berkala ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *