Gadis Labuan berumur 16 tahun dirayu kembali kepada keluarga

22 Julai 2017

LABUAN – Gadis berumur 16 tahun, Siti Nur Azura Osman (gambar) yang hilang sebelum ini dirayu agar segera kembali kepada pangkuan keluarga di Labuan.

Penjaga gadis tersebut yang telah menghubungi Labuan Times baru-baru ini berkata, mereka telah membuat laporan polis berkenaan gadis yang hilang itu pada Mac tahun lalu.

“Sehingga kini, kami masih lagi belum mendengar sebarang berita atau pun perkembangan mengenai dirinya.

“Kami telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada Mac tahun lalu,” katanya dan mendakwa bahawa salinan laporan polis tersebut telah hilang.

Beliau berkata lanjut, gadis tersebut perlu menemui ibu dan neneknya yang kini sedang sakit.

Beliau turut memohon kepada sesiapa yang menemui gadis tersebut agar menyerahkannya kepada pihak polis di balai polis yang berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *