Polis Labuan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah

FOTO: ADZHAR (kiri) kelihatan bersama dengan pegawai SPRM dan polis dalam majlis menandatangani ikrar bebas rasuah yang diadakan di IPD Labuan.

24 Julai 2017

LABUAN – Sejumlah 293 pegawai dan anggota polis di sini telah berikrar untuk bebas daripada rasuah dalam Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang berlangsung di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Labuan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan, ACP Adzhar Othman telah membacakan perutusan Ketua Polis Negara sebelum kesemua pegawai dan anggota polis yang terlibat menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Hadir sama dalam majlis itu ialah timbalan ketua polis Daerah Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani dan lapan orang pegawai  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *