Tandas Awam Menumbok: Tempat membasuh tangan tidak praktikal

26 Julai 2017

Ketika singgah di tandas awam pada bahagian lelaki di Menumbok beberapa hari yang lalu, penulis mendapati pembinaan tempat membasuh tangan di tandas yang berhampiran dengan pondok stesen bas itu tidak praktikal.

Ini kerana, anda akan merasa tidak selesa  dan seolah-olah terhalang apabila anda hendak membasuh tangan disebabkan jarak tubuh anda dan pili air dipisahkan oleh struktur konkrit iaitu tempat laluan air yang agak lebar.

Mungkin bukan penulis seorang sahaja yang merasa seperti itu, bahkan ramai lagi pengguna tandas awam tersebut kecuali tangan mereka panjang dan berketinggian enam kaki.

Namun, kita berfikir apakah alasannya struktur konkrit iaitu tempat laluan air yang lebar itu dibina?

Kenapa tempat membasuh tangan itu tidak dibina seperti tandas awam lain yang lebih praktikal dan sesuai untuk digunakan?

Perkara seumpama ini sering berlaku didalam sesuatu projek pembinaan yang mungkin disebabkan terlepas pandang didalam menyempurnakan projek itu.

Disebabkan kecuaian, ianya merugikan pengguna awam.

Perkara seumpama ini seharusnya menjadi perhatian umum khususnya mereka yang terlibat didalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan agar ianya sempurna di mata pengguna khususnya dan masyarakat amnya.

Sementara itu, terdapat pula rungutan berkenaan dengan tandas awam yang berhampiran dengan tempat kereta beratur sebelum masuk ke dalam feri kenderaan di Terminal Feri Menumbok.

Rungutan tersebut ialah seringkali ketiadaan air. Mungkin caj masuk tandas 50 sen itu agak berbaloi jika tiada masalah air di tandas tersebut.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *