Semakan WTD boleh dibuat di Jabatan Akauntan Labuan

27 Julai 2017

LABUAN – Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Labuan.

Jurucakap jabatan tersebut berkata, bagi mereka yang ingin membuat semakan boleh datang terus ke pejabat berserta kad pengenalan.

“Pihak kami akan membantu membuat semakan dan mengeluarkan keputusan. Apabila keputusan telah dikeluarkan, urusan tuntutan boleh dibuat di bank yang berkenaan,” katanya.

Jurucakap tersebut berkata lanjut, setakat hari ini, pejabat jabatan tersebut penuh dengan orang yang ingin membuat semakan WTD.

Sementara itu, menurut akhbar tempatan baru-baru ini, dilaporkan sebanyak RM5.6 bilion WTD masih gagal diserahkan kepada pemilik akaun yang tidak aktif kerana tiada tuntutan yang dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *