Program JPM Labuan: Warga Labuan dijemput hadir

2 Ogos 2017

LABUAN – Orang ramai dijemput hadir untuk turut memeriahkan Program Negaraku@Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Labuan yang bakal diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun pada 4 hingga 5 Ogos ini.

Jurucakap JPM Labuan berkata, beberapa acara akan diadakan disepanjang dua hari program tersebut.

Antaranya ialah pelancaran konvoi kembara merdeka negaraku, wayang pacak, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, persembahan buskers, pameran jabatan, persembahan tarian, gerai jualan dan pameran produk Komuniti 1 Malaysia (K1M), temuduga terbuka dan cabutan pengunjung bertuah.

Selain itu, beberapa acara pertandingan turut diadakan seperti pertandingan bintang K1M, pertandingan selfie dan wefie, pertandingan futsal K1M dan pertandingan mewarna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *