Dua kereta terbakar setelah bertembung di Papar

3 Ogos 2017

PAPAR – Dua kenderaan iaitu Nissan Patrol dan Isuzu Dmax terbakar setelah bertembung dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan Kampung Kelatuan sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, ketika anggota kami tiba di lokasi kejadian, 80 peratus kereta Nissan Patrol itu telah terbakar dan Isuzu Dmax pula terbakar sebanyak 30 peratus.

“Pihak kami telah menerima panggilan kecemasan itu pada jam 2.50 petang. Lima mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan, dimana kesemua mereka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota kami tiba di lokasi terbabit.

“Lima mangsa itu mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Lima mangsa yang terlibat ialah Lina Chung Shaw Yen (34), Leonard Jr. Bernard (7), Albert Jon Banico (43), Harrlod Tan Kuan Min (20), dan Lo Wei Der (45).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *